SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM@MMU)

 

Universiti Multimedia (MMU) dengan sokongan Darul Quran (JAKIM) akan menawarkan Program Sijil Tahfiz Malaysia secara hibrid di kampus Cyberjaya dan Melaka. Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar baharu yang berminat untuk menyertai program ini dari semua tahap pengajian (Pra Universiti, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) di MMU. Program STM@MMU akan menjadi pemangkin dalam melahirkan bakal graduan huffaz yang profesional, berketerampilan dan holistik yang berorientasikan semangat Al-Quran.

 

Syarat Kemasukan:

• Mesti memenuhi syarat-syarat kemasukan ke program akademik yang ditawarkan di MMU
• Pelajar yang telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk tetapi masih belum mendapatkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) amat digalakkan untuk menghantar permohonan.
• Terbuka kepada semua pelajar baharu, lelaki dan perempuan yang memiliki syarat-syarat berikut:
i. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk
ii.Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapatkan Sijil Tahfiz Malaysia
iii. Lulus temuduga kemasukan program
iv. Lulus ujian tulisan jawi dan Al-Quran

 

Struktur Program STM@MMU

Hafazan Al-Quran (Syafawi & Tahriri)    4 jam seminggu
Tajwid/ Fiqh Ibadah / Aqidah                   2 jam seminggu

Penilaian setiap trimester

Pengambilan bermula Julai 2019

 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

i. Dr. Abdullah Sallehhuddin Abdullah Salim
abdullah.sallehhuddin@mmu.edu.my
019-6285049

ii. Prof. Dr. Hishamuddin Ismail
hisham@mmu.edu.my
019-6654588

iii. Ustaz Mohd Luthfi Bakar
luthfi.bakar@mmu.edu.my
017-6306568

iv. Ustaz Mohamed Hanif Harun
hanif.harun@mmu.edu.my
012-5828544