PERTANDINGAN MY STEM MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): SCIENCE OBSERVATION CHALLENGE

Pusat STEM Universiti Malaya dengan kerjasama pihak Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi akan menganjurkan program My STEM Movement Control Order (MCO): Science Observation Challenge bermula pada 8 Jun hingga 11 Julai 2020. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk minat dan kemahiran Sains dalam kalangan pelajar Univesiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Program juga turut memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam memanifestasikan saranan kerajaan sebagai Normal Baharu.

Pertandingan ini menggunakan platform Facebook dan Instagram bagi memuat naik gambar dan keterangan mengikut kreativiti berlandaskan konsep dalam STEM. Pemenang akan dimaklumkan setiap minggu seramai 10 orang selama empat minggu dan akan diterbitkan untuk tatapan umum.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Puan Norshahliza Binti Idris di talian 017-599 4265 atau emel: shahzila@um.edu.my . Maklumat program My STEM Movement Control Order (MCO): Science Observation Challenge adalah seperti dilampirkan untuk rujukan selanjutnya.


fist mailing list
fist@mailman.mmu.edu.my
http://mailman.mmu.edu.my/mailman/listinfo/fist